Monday, 1 September 2014
7th
7 Tahun lepas…
1) sedih sangat.. hari murung seisi keluarga
2) Ayah pengsan 2 kali
3) Kami memandikan Jenazah beliau (adik beradik)
4) Selesai sudah penderitaanya yang ditanggung
5) Bermula haritu.. kerinduan semakin menebal
6) 1st time dalam sejarah van jenazah dihalaman rumah
7) saya kehilangan Chef kegemaran
8) Air mata ni mudah sangat jatuh pada hari tersebut
9) Doa dan Alfatihah tak putus putus dari hati untk beliau
10) hari yang aku terasa nak ikut sangat dia masuk dalam lubang kubur..
Dah 7 tahun dah Emak tinggalkan adi.. Rindu Emak.. doakan adi ye mak? hari ni 2 september 2014, genap dah 7 tahun emak pergi.. tapi kasih sayang emak masih tebal dalam diri adi ni. Terima Kasih untuk segalanya.. emak. i LOVE YOU so much.
Adi sayang Emak.. :(
Thursday, 28 August 2014
Randomiser
"sometimes… kita perlukan manusia lain faham apa yang kita rasakan.. tapi peratusan untuk itu adalah sangat minima, jangan harapkan orang lain faham apa yg kita tempuh/hadapi… sebab hati kita cuma kita je yang jaga"Rindu sangat dengan Rosminah bt Sulaiman.. semoga Allah peliharanya di alam sana..
~amin
Saturday, 11 January 2014
Rezeki yang tak disangka
Pernah tak suatu benda yang jadi tu korang tak sangka akan jadi? mesti ada kan?
ok, ini yang jadi kat aku harini, bangun pagi harini, terus pegi ke pasar pagi dengan niat nak makan meehun sup xtra meatball, my fav kat warung Pak leh, ampang jaya. ni memang meehun sup yang paling best untuk aku.. so far.. 5 bintang. kalah master chef.
ok Rezeki tak disangka bermula dari Pasar Pagi, maklum lah, tiap kali hujung minggu, sabtu or ahad, pasar pagi ni memang sangat pack. kalau nak makan meehun sup ni, kena tunggu orang lain sudah makan, then kita ambik mana meja yang kosong.. so nak dijadikan cerita harini, aku tenampak satu kerusi kosong, dan 3 lagi orang asing, aku tak kenal pon… perempuan pulak tu… sebabkan mengidam dan nak makan sangat, aku mintak izin kat diorg utk makan semeja. Dan yang bestnya, penduduk Ampang indah ni memang sporting dan tak kesah pon nak berkongsi meja, diorang tau suasana kat pasar tu mcm mana.. so aku dibenarkan duduk.
Dah order, makan, dan kerana mulut aku ni ringan utk berborak.. diorang seronok berborak dgn aku, then last2 ada seorang akak ni bayarkan semua apa yang aku makan pagi tadi. Alhamdulillah.. memang tak disangka dan dijangka rezeki tu, akak ni balik awal sikit dari aku, dia bayar diam2 jer.. bila aku nak bayar, makcik kedai cakap dah dibayar oleh akak tadi. Syukur.. Amazing kan? so.. happy, siapa tak happy kan? makan free, benda fav pulak tu. hehehe.. TQ akak Unknown yang telah bayarkan, semoga Allah saja yg membalasnya.. serious tak kenal siapa, kitorang just borak2 kosong jer.. tak bagitau pon nama.
Kisah kedua pulak, selesai breakfast tu, aku pergi ke Masjid Bukit Indah, sebab masjid sekarang tengah buat Program "Karnival Cinta Muhammad" sempena maulidurrasul. pergi sebab boring duk rumah takda apa sgt nak buat, plan nak tengok2 gerai2 yang ada je... Umar Arjuna pon takda dgn aku evety weekend.. dari sorang2 kat rumah better lah pegi bersosial kat masjid, at least dpt jumpa org. so.. ditakdirkan seminar "tips Memborong barang di China" sendang berlangsung di bilik kuliah masjid itu… well.. masuk jer lah.. FREE kan.. terus masuk, almost full, tapi biasalah, klu kelas free siapa yg sibuk nak duduk depan. kan?
so untuk lebih fokus, aku duk depan, REZEKI lagi.. dapat ILMU percuma. byk tips, insyaallah suatu hari nanti boleh lah rancang untuk membeli borong barang2 dari china, byk faedah dan keuntungan. bayangkan korang beli beg LV, GUCCI yang Quality A++ super awesome ( hampir tak nampak tiruan) dalam harga rm300 kat China, dan boleh jual RM2000- 4500 kat malaysia. Diaorang ni, orang China memang KING OF COPYCAT. hehehe.. banyak lagi barang yg diorg reveal, baju, tshirt, semua boleh dapat kat China dgn harga murah2 giler..
so.. disebabkan dah mula seronok dengar, secara tak sengaja, saya pon bertanya soalan kat penceramah.. tiba tiba siapa yg bertanya soalan dapat FREE GIFT dari pihak penganjur Masjid Bukit Indah dan PTS. dapat lah goodie bag dan buku buku terbitan PTS. Alhamdulillah, ada 2 buku yang memang sebelum ni ada niat nak beli.. tetiba dapat FREE. Rezeki kan?
Allahhurabbi.. Rezeki Allah memang tak disangka sangka dan kalau Allah nak bagi, Dia tak berkira kira pon, bagi jer. Terima Kasih lah atas rezeki pagi ni, kepada Akak tu yg belanja, kepada mentor yg mengajar cara memborong dan pihak penganjur "Karnival Cinta Muhammad" dan masjid Bukit Indah serta PTS, semoga Allah saja yang membalasnya...
rasa macam….
HAPPY SANGAT.
TQ Allah atas semua ni, atas gerakkan hati ni.. atas segala galanya.. semua tu milik Mu, Syukur atas semua rezeki untuk harini.. :)
Subscribe to:
Comments (Atom)



