Harini aku nak share hasil penggooglelan aku di merata blog dan website mengenai cara cara melebatkan misai dan janggut... Aku ni memang spesis kurang subur misai dan janggut ni, sebatu sehelai tumbuhnya.. pemalu barangkali dia nak tumbuh lebat.. kalau ada pon bila dah panjang warnanya bertukar jadi perang... rare kan? tapi memang sangat lah men teringinkan mempunnyai jambang dan misai lebat seperti wolverine or Omar Borkhan Al Gala.. or santa clos. hohohoho... macam best kan?

so.. ini adalah antara hasil carian dialam maya yang rasanya nak cuba jgk lah start malam ni.. hehehe..
CARA MUDAH: PUTIH TELUR
Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yang anda inginkan mengikut bentuk cita rasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Insya Allah janggut, misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.
CARA KEDUA: TELUR UDANG
Cuba cari telur udang. Telurnya selalunya boleh ditemui di bahagian kepalanya. Kalau boleh dapat udang galah lagi cantik sebab telurnya lebih banyak kerana saiznya yang besar. Sebelum tidur malam, telur udang disapu pada tempat-tempat yang diinginkan sama ada misai, jambang dan janggut. Sebelum itu jangan lupa untuk cukur sedikit bahagian yang akan dilumurkan. Cukur dan disapu telur tersebut. Insya Allah, lepas 2-3 kali bulu misai tu akan mula tumbuh.
CARA KETIGA: MINYAK BON ATAU TANCHO
Minyak bon atau tancho boleh digunakan untuk melebatkan janggut dan jambang.
CARA RUMIT: MINYAK SAPI
Cairkan minyak sapi dari lemak sapi (lembu betina). Setiap malam selepas mandi, tuamkan dengan kain dengan air suam ke dagu dan pipi dan melingkari pipi kita seperti jambang. Tuamkan ke muka kita sehingga tempoh yg kita rasa puas hati. Tuaman air panas suam dgn kain ke dagu dan pipi adalah salah satu cara mahu mengaktifkan benih bulu roma yang ada di dalam kulit kita. Selepas daripada proses itu, ambil minyak sapi yang telah dicairkan tadi, kemudian sapukanlah mengikut daerah mana yang kita kehendaki agar janggut itu tumbuh dengan subur.
Minyak sapi gunanya utk menyuburkan dan menggalakkan proses pertumbuhan janggut di muka kita. InsyaAllah, cubalah dengan penuh keyakinan. Pastikan minyak sapi itu minyak sapi yang original, bukan campuran mana bahan asing atau bakteria.
p/s: pernah terjumpa aunty india jaga parking kat sebelah bangunan pusat pungutan zakat kat KL.. Aunty ni memang penuh dgn jambang.. tapi conform perempuan.. aneh kan? ada jugak perempuan yg berjambang..
p/s: pernah terjumpa aunty india jaga parking kat sebelah bangunan pusat pungutan zakat kat KL.. Aunty ni memang penuh dgn jambang.. tapi conform perempuan.. aneh kan? ada jugak perempuan yg berjambang..
.jpg)

No comments:
Post a Comment