boboyot tgh beraksi, mcm nak patah kerusi tu menampung berat.
Salam semua, eceh.. mcm byk jer pembaca blog aku ni.. ok, i bagi salam untuk penulis (diri sendiri) haihh.. malu lah nak cerita tapi nak simpan kat sini cerita supaya nnti in future boleh baca balik apa jadi dgn aku time sekarang ni..
ok lah.. aku cerita.. takpa, blog aku memang takda org baca pon (positive) :)
ok.. harini 11 oktober 2013 adalah hari ke-3 bersama diet atkins, pelbagai sumber dapat dari hasil bacaan blog ke blog dan En. Google. so.. 9 oktober haritu aku dah mulakan misi diet menyingkir boboyot aku.. sila undi keluar BOBOYOT20 and send ke 32999 untuk bantu aku singkirkan boboyot. hahahah
Now tengah proses induction. dah 3 hari aku ignore carbo & sugar.. hahhh.. padan muka ko aku ignore ko.. pegi mampos ko.. so dlm tempoh induction ni aku cuma makan protein jer. pegi detim pon makan sate or lambchop without gravy. ok, fun jugak sebab aku makan jer apa aku nak cumanya tak ambik carbo and sugar.. tapi klu makan kat kedai tu terasa malu sikit lah bila kita cuma order "air kosong satu bang".. iskk.. rasa nak sorok muka dalam baju je.. aihhh maluuuunyaaaaa...
banyak jugak yang aku pelajari dari diet atkins ni, dan yg paling ketara sekarang ni adalah simptom2 pening kepala dan badan terasa panas panas mcm nak demam, selain tu mual mual rasa nak muntah dan mata rasa mcm kurang fokus klu terlalu lama menghadap screen. dan mata mcm jadi x-ray, boleh tengok orang berjalan tak pakai baju.. ok.. semua tu betol kecuali yg last tu je.. hehehehe. tapi, ikot kajian dan penggoggelan aku, simptom ni akan ada memang dalam 4-5 hari gitu time induction, bergantung pada penerimaan body dgn sistem atikins ni. semoga ianya cepat berlalu.. aku redah je.
Pening lah sangat tapi rasanya pening tu mcm berbaloi sikit. kenapa berbaloi? sebabbbbbbb... pagi tadi dah timbang berat.. dah turun 1.6KG. oklah kan? ingat senang ke? 2 hari setengah gitu lost 1.6kg. tapi ada fakta cakap, dlm tempoh induction ni mmg berat akan turun dengan mendadak.. OK, sooo tak sabar nihhh..
inspirasi...
SEMOGA SAYA STILL ON TRACK!!!
mind set mind set mind set...
p/s: saya teringin jugak nak bergaya.. nak pakai skinny jeans, dressup ala2 hipster.. owhh mannnn.. sabar eh, Ady.. anda boleh melakukannya :)
doakan saya ye (hurmm.. mcm lah byk sgt reader ko ady) ;p

No comments:
Post a Comment